asraary

"ILAHI LASTU LIL FIRDAUS WA LAKIN LA AQWA A'LA NAR JAHIMIK"

Name:

Berasal dari Tok Sera Kuantan Pahang

Monday, March 19, 2007

Peka itu yang penting

Mafhum dari hadis Nabi SAW: Janganlah engkau masuk ke lubang biawak dua kali.
Kalau tak silap aku lah mafhum nye lebih kurang begitulah, Matannya yang sebenar pula belum sempat hendak cari tapi renungkanlah mafhumnya. Jadi to our brothers and sisters, janganlah silap dua kali dalam perkara yang sama dalam hidup ini................

Thursday, March 15, 2007

warna gold.........?

Tuesday, March 13, 2007

Kain Tenun Pahang


Memang lawa kain tenun diraja Pahang. Ada rakan yang mencadangkan agar dipilih warna kuno seperti ungu gelap ataupun kundang jika hendak ditempah baru nampak GAH. Tapi aku rasa itu pandangan budayawan Pahang,maklumlah rakan itu orang budaya, semuanya nak yang asli termasuk pemilihan warna kain" biar tak update asal nampok asli bile awok pakei " kata beliau. Pandangan aku pulak no komen tapi yang pasti kalau nak tempah nanti biar aku yang akan tentukan corak dan warnanya sebab aku yang nak pakai. Dan yang penting bagi aku ialah, bukan orang Pahang kalau tak ada Kain Tenun Pulau Keladi Pekan.

Sunday, January 21, 2007

Lauk Ku Cukup Masin...............

LAUK KU SUDAH CUKUP MASIN................................

Lauk Ku Cukup Masin...............

LAUK KU SUDAH CUKUP MASIN................................

Friday, January 19, 2007

Tulisan Informatif Pulak............


Setelah lama rasanya tidak menulis sesuatu yang ilmiah terasa juga getaran di jari jemari untuk menulis di post kali ini sesuatu yang informatif.. Jadi untuk para pengunjung yang melawat di blog yang kerdil ini agar dapat manfaat dari tulisan kali ini.
Abu al-Faraj Muhammad ibn Ishaq al-Warraq atau terkenal dengan gelaran Ibn Nadim 998M ada mencatat di dalam karya beliau al-fihresat (yang memberi maksud indeks buku-buku), beberapa jumlah buku kisah cinta yang telah di hasil semenjak zaman pra-Islami sehinggalah ke zaman ke emasan tamadun Islam di Bangdad ketika di bawah kekuasaan dinasti Abasiyyah. Menurut beliau buku atau novel cinta yang dihasilkan pada zaman pra-Islami ini adalah hasil karya oleh pengarang seperti Isa ibn Da’b, al-Sharqi ibn al-Qatami , Hisham al- Kalbi, al-Haytham ibn Adi dan beberapa lagi pengarang yang lain. Tajuk buku atau novel cinta yang di hasilkan pada waktu itu pula seperti, Muraqqish dan Asma, Amr ibn Ajlan dan Hind, Urwah dan Afra, Qays dan Lubna, Tawbah dan Layla dan banyak lagi. Salah satu buku cinta yang ada di catat oleh beliau yang tidak asing lagi bagi kita adalah kisah cinta hebat Layla dan Majnun itu.
Ibn Nadim juga turut mencatat nama beberapa pasangan kekasih yang telah di abadikan kisah percintaan mereka di dalam buku seperti Sabil dan Qalun, Amr ibn Salih dan Qusaf , dan lain-lain lagi. Apa yang menarik perhatian adalah, karya yang di hasil pada waktu bukan sahaja menceritakan kisah percintaan antara manusia, bahkan Ibn Nadim yang menyara hidupnya dengan menjual kertas, menyalin buku-buku dan menjualnya kepada masyarakat pembaca Baghdad di kurun ke-10, turut mencatat beberapa buah buku yang menceritakan kisah percintaan di antara manusia dan Jinn walaupun segelintir cendiakawan Islam pada waktu itu meragui akan kebenaran kisah-kisah yang di ceritakan itu.

Setelah empayar Islam menyebarkan sayapnya ke Eropah, Sepanyol menyaksikan perkembangan tamadun dan kelahiran ramai cendiakawan Islam yang berwibawa. Salah seorang dari Ilmuan Islam yang telah lahir di bumi Andalusia adalah Ibn Hazm, nama penuh beliau ialah Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said telah di lahirkan di Cordoba Sepanyol pada tahun 994 Masehi. Beliau merupakan seorang Ilmuan Islam yang versatile, ahli teologi yang masyhur dan juga seorang penyair hebat. Antara karya terawal yang telah di hasil oleh Ibn Hazm adalah sebuah buku cinta yang bertajuk Tauk al-hamama fi ‘l-ulfa wa ‘l-ullaf’ atau di dalam terjemahan Melayu linkaran merpati tentang cinta dan pencinta yang telah ditulis oleh beliau pada tahun 1027 Masehi. Buku yang di tulis dengan gaya prosa yang indah dan syair-syair indah itu telah meletakan beliau sebagai salah seorang sasterawan Islam terhebat pernah di lahirkan. Kerana keunikan isi kandungannya yang membicarakan persoalan cinta secara mendalam seorang cendiakwan sepanyol Garcia Gomez pernah berkata buku Tauk al-hamama fi ‘l-ulfa wa ‘l-ullaf’ merupakan karya terbaik yang pernah di tulis oleh Ibn Hazm bahkan sebuah karya sastera yang paling terbaik yang pernah di hasilkan oleh sasterawan Arab Sepanyol. Walaupun tiada bukti hasil karyanya ini dikenali di Eropah pada kurun pertengahan, namun buku yang membicarakan tentang persoalan cinta ini telah banyak mempengaruhi masyarakat Barat sehingga meletakkan ia sebagai salah satu karya klasik dunia. Lihatlah, bagaimana ilmuan Islam yang terdahulu menghargai nilai perasan cinta dengan meninggalkan kepada kita karya-karya agung yang menyentuh segala persoalan cinta tanpa melupakan nilai-nilai keIslaman yang murni. Memetik kata Ibn Hazm, ‘cinta adalah suatu perasaan yang hadir di setiap jiwa yang tidak akan meninggalkan kita sehinggalah kita mati’.








Thursday, May 18, 2006

Dialog sang kecewa


Dialog terakhir Syeikh Ali Abd al-Raziq berkenaan buku Islam dan dasar pemerintahan.
Pada pertengahan tahun 1966 iaitu kurang empat bulan sebelum kematian beliau pada 23 September 1966 seorang ahli kongres sosialis Mesir iaitu Mahmud Amin al-Alem telah datang berjumpa dengan syeikh untuk meminta keizinan mencetak semula buku kontrovesi beliau. Berikut adalah dialog antara Syeikh dan orang kuat Sosialis Mesir itu yang telah di siarkan oleh Majalah al-Mussawar pada 7 Oktober 1966.
Selepas meminta dari Syeikh untuk memberi keizinan bagi pihak Dar al-Hilal mencetak semula buku Islam dan dasar pemerintah jawapan beliau :

Syeikh Ali Abd al-Raziq : Cetaklah kamu semula buku itu sepertimana yang kamu mahu akan tetapi tanpa keizinan ku, aku tak mahu lagi untuk memikul apa-apa tanggungjawab dalam soal itu.

Mahmud Amin : Tetapi buku itu buku tuan, buku tuan yang harus dihargai dengan kebanggaan dan ketinggian. Apa tuan mahu mengabaikannya.! ?


Syeikh Ali Abd al-Raziq: Tidak ..! aku tidak mengabaikannya dan aku tidak akan mengabaikannya sekali-kali. Akan tetapi aku sudah tidak bersedia lagi untuk mencampakkan diri ku ini disebabkan buku itu kedalam kesakitan yang baru. Aku sudah tidak mampu lagi untuk itu. Cukuplah apa yang telah ku tanggung selama ini.

Namun ahli kongres sosialis itu masih lagi mencuba untuk menukar pendirian Syeikh.

Mahmud Amin: Tempoh kebencian untuk itu telah tamat. Dan tidak akan kau jumpai lagi pada hari ini. Dan buku engkau akan menerima penghormatan dan penghargaan daripada para pemikir dan negara sekaligus.

Syeikh Ali Abd al-Raziq: Siapa yang mengendahkan aku? siapakah yang mengendahkan aku?. Aku mahu kepastian dari kerajaan, aku mahukan jaminan !.

Mahmud Amin: Situasi fikrah dan sosial adalah sebaik-baik jaminan.

Maka sambil mengeleng Syeikh Ali Abd al-Raziq kepalanya berkata:

Syeikh Ali Abd al-Raziq: Aku sudah tidak mampu lagi untuk menanggung cabaran baru …..siapa tahu?. Cetaklah buku atas tangungjawab kamu , dan jangan sesekali kamu minta padaku keizinan tanpa satu kepastian yang bisa aku berasa aman dengannya.


Wednesday, May 17, 2006


Projek yang didalam perancangan akal. Satu projek telah saya bincangkan bersama seorang rakan yang saya gelarkan sebagai seorang penegak seni jujur yang turut mempunyai blognya sendiri yang bernama tegak seni. Baik, jadi apakah projek itu? Tak lain dan tak bukan idea untuk pementasan teater Tawfiq al-Hakim yang berjudul teater minda ,telah membuatkan saya begitu teruja sekali untuk mementaskan karya beliau kepada khalayak umum. Nama Tawfiq al-Hakim membuatkan saya teringat kembali nostalgia ketika saya menonton lakonan beliau sendiri dan Nur Sharif dalam sebuah filem. Lakonan watak Tawfiq al-Hakim semasa muda telah di lakonkan oleh Nur Sharif dengan berkesan sekali di samping Tawfiq al-Hakim yang keluar sekali sekala dalam filem tersebut dalam keadaan fizikal yang amat lemah , seolah-olah sebagai pencerita kedua disebalik cerita .Tapi itu waktu dulu masa saya masih di sekolah lagi. Jadi fikir saya, mana mungkin karya seorang legendari teater dari tempat yang pernah menjadi negara kedua saya di abaikan oleh para pengiat teater disini, namun begitulah kata teman saya itu 'belum ada lagi karya Tawfiq al-Hakim dipentaskan di Malaysia' kata beliau yang tampak teruja juga dengan idea ini. Oleh itu akan saya cuba sedaya upaya bersama teman-teman yang sealiran untuk merealisasikan idea ini sehingga menjadi satu projek Mega ( mega dari sudut minda sahaja ) .

'Rahsia-rahsia'



Assir, asraary, asraruna, asraruka, asraruki. Semua orang ada asrar (rahsia) samaada yang terang mahupun yang gelap, yang indah ataupun yang buruk yang baik ataupun yang radi' . Walaupun begitu tujuan dana menulis hanyalah untuk mengrungkaikan asrar diri dana yang belum lagi lagi diselami dan ditembusi. Terima kasih untuk asrar yang pernah bertapak di jiwa dana kerana dengan adanya ia didalam diri ini, telah dana kenali makna Hidup untuk yang Esa. Akan dana selami dan bongkari rahsia diri dan alam ini sehingga dana gelarkan blog ini sebagai pohon kejadian 'shajaratul al-hayat' . Mungkin juga mahu menyelami diri seperti yang dilakukan oleh si buta dalam bukunya Al-Ayyam , atau kehidupan seperti si Abqari didalam bukunya Allah. Namun dana tahu yang dana tidak akan bisa menjadi seperti si buta yang tajam melihat kehidupan diri sendiri dan melihat jauhari keilmuan seperti si Abqari .Terima kasih untuk Taufiq Hakim dan Shjaratul Ad-Durr kerana dengannya blogger ini tercipta.

'anta shamsun wal-mulukul kaukabun'
'iza tala'at lam yab daa' minhunna kaukabun'
al-mutanabi...........