'Rahsia-rahsia'

Assir, asraary, asraruna, asraruka, asraruki. Semua orang ada asrar (rahsia) samaada yang terang mahupun yang gelap, yang indah ataupun yang buruk yang baik ataupun yang radi' . Walaupun begitu tujuan dana menulis hanyalah untuk mengrungkaikan asrar diri dana yang belum lagi lagi diselami dan ditembusi. Terima kasih untuk asrar yang pernah bertapak di jiwa dana kerana dengan adanya ia didalam diri ini, telah dana kenali makna Hidup untuk yang Esa. Akan dana selami dan bongkari rahsia diri dan alam ini sehingga dana gelarkan blog ini sebagai pohon kejadian 'shajaratul al-hayat' . Mungkin juga mahu menyelami diri seperti yang dilakukan oleh si buta dalam bukunya Al-Ayyam , atau kehidupan seperti si Abqari didalam bukunya Allah. Namun dana tahu yang dana tidak akan bisa menjadi seperti si buta yang tajam melihat kehidupan diri sendiri dan melihat jauhari keilmuan seperti si Abqari .Terima kasih untuk Taufiq Hakim dan Shjaratul Ad-Durr kerana dengannya blogger ini tercipta.
'anta shamsun wal-mulukul kaukabun'
'iza tala'at lam yab daa' minhunna kaukabun'
al-mutanabi...........

2 Comments:
di madrasatul hayah ni memang terlalu banyak rahsia...tercungkil dan yang tak tercungkil...yang nyata nampak pun ada rahsianya, seringkali gagal dirungkai simpulan rahsianya...apalagi yang ghaib, alam ghaib,alam malakut....ramai antara kita tahu tapi tak tahu.....mungkin 'dana' dapat terus menjadi 'navigator' dalam mengaali khazanah 'asrar' yang tak akan kunjung habis....dan jadikanlah resmi si padi sebagai tongkat perjalanan yang dilalui....
sekian lama tidak bersambung...apakah anda sudah menjadi 'rahsia di dalam rahsia'. jangan terus menjdi rahsia... there's a lot of outsiders eagerly waiting for your next 'disclosure'.
Post a Comment
<< Home