asraary

"ILAHI LASTU LIL FIRDAUS WA LAKIN LA AQWA A'LA NAR JAHIMIK"

Name:

Berasal dari Tok Sera Kuantan Pahang

Thursday, May 18, 2006

Dialog sang kecewa


Dialog terakhir Syeikh Ali Abd al-Raziq berkenaan buku Islam dan dasar pemerintahan.
Pada pertengahan tahun 1966 iaitu kurang empat bulan sebelum kematian beliau pada 23 September 1966 seorang ahli kongres sosialis Mesir iaitu Mahmud Amin al-Alem telah datang berjumpa dengan syeikh untuk meminta keizinan mencetak semula buku kontrovesi beliau. Berikut adalah dialog antara Syeikh dan orang kuat Sosialis Mesir itu yang telah di siarkan oleh Majalah al-Mussawar pada 7 Oktober 1966.
Selepas meminta dari Syeikh untuk memberi keizinan bagi pihak Dar al-Hilal mencetak semula buku Islam dan dasar pemerintah jawapan beliau :

Syeikh Ali Abd al-Raziq : Cetaklah kamu semula buku itu sepertimana yang kamu mahu akan tetapi tanpa keizinan ku, aku tak mahu lagi untuk memikul apa-apa tanggungjawab dalam soal itu.

Mahmud Amin : Tetapi buku itu buku tuan, buku tuan yang harus dihargai dengan kebanggaan dan ketinggian. Apa tuan mahu mengabaikannya.! ?


Syeikh Ali Abd al-Raziq: Tidak ..! aku tidak mengabaikannya dan aku tidak akan mengabaikannya sekali-kali. Akan tetapi aku sudah tidak bersedia lagi untuk mencampakkan diri ku ini disebabkan buku itu kedalam kesakitan yang baru. Aku sudah tidak mampu lagi untuk itu. Cukuplah apa yang telah ku tanggung selama ini.

Namun ahli kongres sosialis itu masih lagi mencuba untuk menukar pendirian Syeikh.

Mahmud Amin: Tempoh kebencian untuk itu telah tamat. Dan tidak akan kau jumpai lagi pada hari ini. Dan buku engkau akan menerima penghormatan dan penghargaan daripada para pemikir dan negara sekaligus.

Syeikh Ali Abd al-Raziq: Siapa yang mengendahkan aku? siapakah yang mengendahkan aku?. Aku mahu kepastian dari kerajaan, aku mahukan jaminan !.

Mahmud Amin: Situasi fikrah dan sosial adalah sebaik-baik jaminan.

Maka sambil mengeleng Syeikh Ali Abd al-Raziq kepalanya berkata:

Syeikh Ali Abd al-Raziq: Aku sudah tidak mampu lagi untuk menanggung cabaran baru …..siapa tahu?. Cetaklah buku atas tangungjawab kamu , dan jangan sesekali kamu minta padaku keizinan tanpa satu kepastian yang bisa aku berasa aman dengannya.


5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sy sgt teruja bila membaca tulisan ini. Tahniah untuk awak. semoga berjaya mencungkil ilmu baru untuk disebarkan

4:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

kami dahagakan ilmu baru. Islam tidak jumud. Pintu ijtihad tak pernah tertutup. waahai para ilmuan....antum pelita umat...teruskan....bravo! shaz...

2:01 PM  
Anonymous Anonymous said...

sy sokong 100%, tapi kenapa ada istilah islam mata pedang. boleh sdr hafiz terangkan.

11:38 AM  
Anonymous Anonymous said...

ke mana sdr pergi, tidak ada cerita baru dalam blog ini

10:46 AM  
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Asalamualaikum, ustaz.

Tumpang bertanya, beberapa lama dulu, saya ada membaca buku (lupa tajuknya, maklumlah apabila saya membaca, saya tidak peduli hendak menghafal tajuk dan nama penulisnya).... pengarang buku yang saya baca itu mengatakan Ali Raziq bertaubat atas apa yang ditulisnya, iaitu bahawa al-Quran tidak mewajibkan kita mendirikan negara Islam.

Saya baca entri ustaz ini, bunyinya macam dia tidak bertaubat. Adakah dialog dalam entri ini sohih, adakah data itu dirakamkan, ataupun ada saksi-saksi yang berintegriti, ataupun dialog ini diada-adakan oleh pihak sosialis Mesir?

Mohon kemusykilan saya ini dapat ustaz 'cerahkan'. (Saya pinjam istilah Tuan Khalid Jaafar, sementelah saya masuk blog ustaz ini melalui blog beliau.)

Terima kasih, ustaz.

11:18 AM  

Post a Comment

<< Home