asraary

"ILAHI LASTU LIL FIRDAUS WA LAKIN LA AQWA A'LA NAR JAHIMIK"

Name:

Berasal dari Tok Sera Kuantan Pahang

Wednesday, May 17, 2006


Projek yang didalam perancangan akal. Satu projek telah saya bincangkan bersama seorang rakan yang saya gelarkan sebagai seorang penegak seni jujur yang turut mempunyai blognya sendiri yang bernama tegak seni. Baik, jadi apakah projek itu? Tak lain dan tak bukan idea untuk pementasan teater Tawfiq al-Hakim yang berjudul teater minda ,telah membuatkan saya begitu teruja sekali untuk mementaskan karya beliau kepada khalayak umum. Nama Tawfiq al-Hakim membuatkan saya teringat kembali nostalgia ketika saya menonton lakonan beliau sendiri dan Nur Sharif dalam sebuah filem. Lakonan watak Tawfiq al-Hakim semasa muda telah di lakonkan oleh Nur Sharif dengan berkesan sekali di samping Tawfiq al-Hakim yang keluar sekali sekala dalam filem tersebut dalam keadaan fizikal yang amat lemah , seolah-olah sebagai pencerita kedua disebalik cerita .Tapi itu waktu dulu masa saya masih di sekolah lagi. Jadi fikir saya, mana mungkin karya seorang legendari teater dari tempat yang pernah menjadi negara kedua saya di abaikan oleh para pengiat teater disini, namun begitulah kata teman saya itu 'belum ada lagi karya Tawfiq al-Hakim dipentaskan di Malaysia' kata beliau yang tampak teruja juga dengan idea ini. Oleh itu akan saya cuba sedaya upaya bersama teman-teman yang sealiran untuk merealisasikan idea ini sehingga menjadi satu projek Mega ( mega dari sudut minda sahaja ) .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home